Thursday, May 19, 2011

the other ME..

assalamualaikum

mungkin bagi sesetengah orang,perkara ini adalah sesuatu yang pelik..tapi ini realitinya..bila bercakap tentang perkara yang berkaitan dengan hati dan perasaan,memang the OTHER MEakan muncul..aku sendiri tidak tahu kenapa..perkara ini sepertinya tidak boleh dielakkan lagi..

kadang-kadang bila saja orang bercakap mengenai cinta,perasaan,hati,sayang dan semua benda-benda yang berkaitan..aku secara automatik akan menjadi seseorang yang sangat perasa..aku akan menjadi seseorang yang aku sendiri tidak suka..kenapa ya??aku sendiri pelik dengan keadaan ni..

aku akan mula mengingati memori-memori itu..aku akan kembali kepada masa itu..sedangkan aku sudah berusaha untuk melupakannya..aku sedaya upaya untuk mengikis memori itu..kata orang, mungkin belum masanya lagi..tetapi bagi aku,masa yang berlalu sudah cukup panjang untuk aku melupakan perkara itu...

bukan hendak menyalahkan sesiapa..perkara sudah berlaku..dan aku menerimanya dengan redha..aku cuma bosan..bila hari-hariku penuh dengan kenangan itu..aku takut aku hilang pertimbangan..aku takut akan hanyut..dalam lipatan kenangan itu..kalau perlu..biarlah sejarah itu,terpadam terus dari kotak fikiranku..

mungkin ini ujian bagiku..untuk melihat sejauh mana kekuatanku menghadapinya..dan aku akui..ujian ini kadangkala terasa cukup mencabar..sampaikan aku merasa yang aku tidak kuat untuk menghadapinya..tapi aku bersyukur..kerana minda RASIONAL ku masih utuh dan kukuh meledani aku yang hampir jatuh..dan aku cukup berTERIMA KASIH..kepada insan-insan yang setia menemaniku..meniupkan semangat untuk aku terus melangkah..



"..pengakhiran itu hanyalah permulaan untuk perjalanan yang masih JAUH.."

No comments:

Post a Comment