Saturday, August 20, 2011

Best Love Ever 2

assalamualaikum..peace upon to all..

walau aku senyum bukan bererti..
aku selalu bahagia dalam hari..
ada yang tak ada di hati ini..
di jiwa ini..hampa..

ku bertemu sang adam di simpang hidupku
mungkin akan ada cerita cinta
namun ada saja cobaan hidup
seakan aku hina

tuhan berikanlah aku cinta
untuk temaniku dalam sepi
tangkap aku dalam terangmu..
biarkanlah aku punya cinta

tuhan berikanlah aku cinta
aku juga berhak bahagia
berikan restu dan halalmu
tuhan beri aku cinta..


----------------------------------------------------------

lupa dan alpa adalah perkataan yng terlalu sinonim dengan Manusia.. rasionalnya?? hanya DIA yang mampu menjawab.. dan kadangkala tahap kelupaan serta kealpaan itu sampai ke kemuncak yang tidak boleh di bendung lagi.. Mnusia kadangkala boleh lupa siapa dirinya.. siapa lawan, siapa kawannya?? malah kadangkala lupa siapa Penciptanya.. kerana apa??
kerana mereka terlalu CINTA..

manusia terlalu cinta pada keduniaan..
sehingga mereka lupa pada akhirat yang menanti..

manusia terlalu cinta pada kekayaan..
sehingga mereka lupa pada sengsara neraka yang menanti..

manusia terlalu Cinta pada manusia lainnya..
sehingga terlupa pada Pencipta yang menciptakan mereka...

namun..dalam semua cinta yang pernah ada dalam kamus hidup manusia..hanya satu cinta saja yang tidak akan memnbuatkan mereka lupa..malah Cinta itu akan membuatkan mereka sentiasa beringat dan berwaspada..

sesungguhnya..itulah yang dinamakan CINTA ILAHI..

sekiranya kita mencintai Ilahi, nescaya kita akan sentiasa beringat tentang akhirat yang menanti..
sekiranya kita mencintai Ilahi, maka kita akan sentiasa takut dengan seksa neraka..
sekiranya kita mencintai Ilahi, maka nikmat syurga yang sentiasa menjadi buruan kita.
sekiranya kita mencintai Ilahi, maka kita akan sentiasa ingat bahawa kita adalah HAMBA-Nya..


"wahai Tuhanku, sesungguhnya sukar untukku menyatakan cinta kepada-Mu..kerana aku hanya insan yang sentiasa lemah dan tidak lepas dari dosa dan noda..aku mohon ya Tuhanku.. Kau suburkanlah rasa cinta dalam diriku kepada-Mu..agar aku terus Mencintai-MU dengan sepenuh hatimu.. sesungguhnya aku adalah Hamba-MU.."


inspired by : tuhan beri aku cinta - ayu shita
picture : mR. goOgLe..

No comments:

Post a Comment