Sunday, May 12, 2013

kau, aku, kita

assalamualaikum..

mula aku mengenalimu..sekitar 5 tahun dulu..
pertemuan yang bagi aku satu kebetulan..
kebetulan yang terlalu banyak persamaan..
rupanya kita berkaitan..

kau mengenaliku lebih lama dari aku mengenalimu..
kau sedar kehadiranku lebih awal dari aku menyedari kehadiranmu..
rupanya kisah kita sudah bermula lama..
dan permulaan itu hanya kau yang tahu..

tapi kini..realiti itu bertukar..
kini..hanya aku yang menyedari kehadiranmu..
hanya aku yang masih meniti hari dengan kenangan kita..
hanya kau..

kau..
rasanya kehadiranku sudah tidak kau rasai..
dan kewujudanku mungkin sekali sudah kau lupai..
bagimu, cerita kita sudah berakhir..
dan kau kini..punya cerita baru..

menyesal??
rasanya aku tidak..
kerana di samping kelukaan itu..
masih ada kenangan yang mampu membuatkan aku tersenyum..
di samping cerita sedih itu..ada sisi bahagia yang mengembirakan..

tapi..
1 perkara yang masih terkilan..
persoalan KENAPA masih bermain di minda..
dulu..kini..dan mungkin sampai akan datang..
sebabnya..sampai hari ini..
jawapannya belum aku ketahui..
sebabnya masih menjadi misteri..
siapa yang tahu..hanya kau..kerana jawapan itu bersama mu..

(nancy_neng, May 13, 2013 )

No comments:

Post a Comment